Sunday, September 21, 2008

Anak-anak Yatim Nurul Qana'an

Rumah Silaturahhim Nurul Qana'an tempat naungan adik-adik kami,yg mana ayah & ibu mereka telah pergi buat selamanya.Pada dasarnya anak-anak atau adik-adik ini sama seperti kanak-kanak lain.Melihat dari raut wajah mereka,terpampar keriangan apabila ada pihak yang ingin bersama mereka berbuka puasa.Secara jujur pada mulanya apabila pihak Ummah AIA bercadang ingin membuat lawatan & program untuk anak-anak ini,saya beranggapan ini hanya lawatan social biasa.
Kehadiran kami sewaktu disana cukup menghiburkan adik-adik ini.Keriangan cukup digambarkkan dari setiap wajah mereka,walaupun pada mulanya mereka agak mendiamkan diri.Mungkin?,mereka berasa rendah diri atau malu.Tapi suasana berubah apabila mereka mengikuti game yang kami adakan untuk menghiburkan hati mereka.
Ada ketikanya hati saya tersentuh bila dapat melihat mereka tergelak ketawa dalam permainan- permainan yang kita adakan.Menetis jugak airmata bila mengenangkan nasib-nasib mereka tanpa kedua ibu-bapa mereka tidak ada kita mereka sangat memerlukan kasihan seorang Ayah & Ibu.Tidak seperti anak-anak lain dikala menjelang hari raya ini, mereka dapat merasa memakai baju-baju baru ,yang berjenama pulak tu.Tapi tidak dengan adik-adik ini.
Mereka tidak pernah meminta Kasut Adidas!,kasut Timberland!atau pun pakaian yang berjenama lain, kerana mereka tahu nasib mereka tidak sama seperti anak-anak kami yang mampu kedua orang tua mereka menyediakan.
Hemm... sungguh sedih melihat nasib-nasib mereka...,tapi saya yakin anak-anak ini telah didik di Rumah Nurul Qana'an supaya menjadi seorang insan yang kuat dan terus berusaha menjadi orang berjaya satu hari nanti.Mungkin anak-anak ini esok akan menjadi pemimpin -pemimpin atau menjadi seperti orang yang hebat seperti Ibnu sinar, dll.AMIN.

IMG_00461
IMG_0027
IMG_00601
IMG_03421
IMG_03611
IMG_03791
IMG_03721

No comments: